Kelas E-learning – Origami Flower Tutorial & Advokasi

24 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 November 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu origami flower tutorial kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menyemai bakat-bakat pembuatan kraftangan dalam kalangan pelajar dan mendidik mereka dengan advokasi.

Dalam kelas origami flower tutorial, mereka telah diajar cara-cara untuk membuat origami bunga menggunakan kertas berwarna berpandukan video youtube. Pelajar digalakkan untuk membuat 2 bentuk bunga iaitu kecil dan besar. Bahan – bahan untuk membuat origami disediakan oleh PI Melugu.

Dalam kelas ini juga para peserta telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan.

Di samping itu, peserta juga telah didedahkan dengan segmen Klik Dengan Bijak iaitu Online Grooming. Mereka diterangkan tentang maksud dan tujuan online grooming, taktik pemangsa serta simptom awal anak-anak yang mengalami gejala ini yang perlu ibu bapa /pelajar ketahui.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali